Tuesday, November 29, 2011

Thursday, November 24, 2011

Wednesday, November 23, 2011

Tuesday, November 15, 2011

Cerita sedih & Pengajaran

Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.

Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"
Gadis itu menjawab "Tidak."

Pengurus itu bertanya lagi, "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya."

Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah."

Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.

Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, "Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?"

Gadis itu menjawab, "Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."

Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.

Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.

Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.

Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.

Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti.

Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.

Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.

Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya : "Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?"

Gadis itu menjawab : "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal."

Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"

Gadis itu menjawab : "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."


Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini."

Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.

Pengajaran dari cerita ini adalah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.

Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah. Dari situ, kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka.

- Artikel iluvislam.com

Susu Ibu sebatian ajaib

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Aku-lah tempat kembalimu." (Surah Luqman, ayat 14)

Air susu ibu ialah satu sebatian tiada tandingan yang diciptakan oleh Allah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi dan melindunginya daripada sebarang jangkitan. Keseimbangan makanan berkhasiat dalam air susu ibu adalah pada kadar yang tepat dan bersesuaian dengan tubuh bayi yang belum matang.

Pada masa yang sama, air susu ibu juga kaya dengan nutrien yang mempercepat pertumbuhan sel-sel otak dan perkembangan sistem saraf. Makanan buatan untuk bayi yang disediakan dengan bantuan teknologi masa kini tidak dapat menggantikan makanan ajaib ini.

Wednesday, November 2, 2011

99 NAMA ALLAH

Doa Mencagah Angin Ahmar

25 yang Pertama

1.Orang yg Pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman a.s
2.Orang yg Pertama minum air Zamzam : Nabi Ismail a.s
3.Orang yg Pertama berkhatan : Nabi Ibrahim a.s
4.Orang yg Pertama yang diberikan pakaian pada hari Qiamat : Nabi Ibrahim a.s
5.Orang yg Pertama dipanggil oleh Allah pada hari Qiamat : Nabi Adam a.s
6.Orang yg Pertama mengerjakan Saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar ( bonda Nabi Ismail a.s )
7.Orang yg Pertama dibangkitkan pada hari Qiamat : Nabi Muhammad s.a.w
8.Orang yg Pertama menjadi Kahlifah Islam : Abu Bakar as-Siddiq
9.Orang yg Pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al Khattab
10.Orang yg Pertama meletakkan jawatan khalifah dlm Islam : Al -Hassan bin Ali r.a
11.Orang yg Pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah Asmaliyyah r.a
12.Orang yg Pertama syahid dlm Islam dikalangan lelaki : Al Harith bin Abi Halah
13.Orang yg Pertama syahid dlm Islam dikalangan wanita : Summaiyah Bt Khabbat r.a
14.Orang yg Pertama menulis hadis didalam kitab : Abdullah bin amru bin al Ash r.a
15.Orang yg Pertama memanah dlm perjuagan fisabilillah: Saad bin Abi Waqas r.a
16.Orang yg Pertama menjadi Muazin dan melaungkan azan : Billal Bin Rabbah r.a
17.Orang yg Pertama bersembahyang dgn Rasullullah SAW : Ali bi Abi Tolib r.a
18.Orang yg Pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim al Dary r.a
19.Orang yg Pertama menghunuskan pedang dalam perjuagan fisabillih : Az Zubair bin Awwan r.a
20.Orang yg Pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin othman bin Affan r.a
21.Orang yg Pertama beriman dgn Nabi saw : Khadijah Bt Khuwailid r.a
22.Orang yg Pertama mengasas usul Fiqh : Imam Syafi'i r.h
23.Orang yg Pertama membina penjara dalam Islam : Ali bin Abi Tolib k.w
24.Orang yg Pertama menjadi dlm Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan r.a
25.Orang yg Pertama membuat perpustakaan awam : Harun al-Rashid r.a

Tuesday, November 1, 2011

Buru niat sudah dapat pahala

"Drpd Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Allah berfirman 'Jika hambaKu berbicara( iaitu berniat) untuk melakukan kebaikan, maka Aku akan menulis untuknya 1 kebaikan selagi belum melakukanya. Jika ia telah melakukannya, maka Aku mencatatkanya dgn 10 kali ganda. Jika ia berniat untuk melakukan keburukan , maka Aku mengampuninya selagi belum melakukanya.Jika ia telah melakukanya ,maka Aku menulis untuknya yang semisalnya.' Rasulullah saw bersabda lagi: 'Para malaikat berkata: Wahai Tuhanku , hamba Mu ini telah berniat melakukan keburukan, padahal Dia lebih mengathuinya'. Allah berfirman lagi, Lihatlah, jika dia melakukannya, maka catatlah keburukannya itu untuknya semisalnya. Jika dia meninggalkanya maka tulislah untuknya 1 kebaikan. ia hanyalahmeninggalkanya kerana takut kepada Ku"'

(Riwayat Muslim)
Solusi 37