Friday, October 7, 2011

Orang Kaya Malaysia

Berikut adalah senarai penuh 40 Jutawan di Malaysia.

1. Robert Kuok $10 billion (Kuok Empire, Shangri La, Wilmer International etc)

2. Ananda Krishnan $7.2 billion (Maxis, Astro)

3. Lee Shin Cheng $5.5 billion (IOI Group)

4. Teh Hong Piow $3.5 billion (Public Bank)

5. Lee Kim Hua & family $3.4 billion (Genting Berhad, widow of late Lim Goh Tong)

6. Quek Leng Chan $2.4 billion (Hong Leong Group, Guoco Group)

7. Yeoh Tiong Lay & family $2.1 billion (YTL Corp)

8. Syed Mokhtar AlBukhary $1.8 billion (MMC, Johor Port, Malakoff)

9. Vincent Tan $1.3 billion (Berjaya Group)

10. Tiong Hiew King $1.1 billion (Rimbunan Hijau)

11. Azman Hashim $700 million (AmCorp Group, formerly Arab-Malaysia)

12. William H. J. Cheng $660 million (Lion Group, Parkson)

13. Lee Swee Eng $495 million (KNM Group)

14. Ong Beng Seng $470 million (Hotel Properties Ltd, Natsteel)

15. Lim Kok Thay $345 million (son of late Lim Goh Tong, Genting Berhad)

16. Vinod Sekhar $320 million (Petra Group, known for its Green Rubber Global)

17. Lee Oi Hian $300 million (Kuala Lumpur Kepong or KLK)

18. Yaw Teck Seng $295 million (Samling Group)

19. Anthony Fernandes $290 million (AirAsia, Tune Hotels)

20. Mokhzani Mahathir $285 million (Kencana, authorized Porsche importer son of former permier Mahathir)

21. Kamarudin Meranun $280 million (AirAsia, Tune Hotels, Tony Fernandess lover *grin*)

22. Jeffrey Cheah $275 million (Sunway Group)

23. Lee Hau Hian $250 million (Batu Kawan, KLK, brother of Lee Oi Hian)

24. Chong Chook Yew $245 million (Selangor Properties, widow son is MD now)

25. Yaw Chee Ming $240 million (Samling Group, son of Yaw Teck Seng)

26. G. Gnanalingam $230 million (Westports Malaysia)

27. Lim Wee Chai $200 million (Top Glove, worlds largest rubber gloves manafacturer)

28. Kua Sian Kooi $195 million (Kurnia Asia, insurance)

29. Lau Cho Kun $185 million (Malaysian Mosaic)

30. Abdul Hamed Sepawi $180 million (Ta Ann, timber conglomerate)

31. David Law Tien Seng $165 million (Australian iron ore MidWest, T.S. Law Holdings)

32. Tiah Thee Kian $163 million (TA Enterprise)

33. Liew Kee Sin $160 million (SP Setia)

34. Ahmayuddin bin Ahmad $155 million (Westports Malaysia)

35. Eleena Azlan Shah $150 million (Gamuda largest individual shareholder)

36. Lin Yun Ling $145 million (Gamuda founder and MD)

37. Ong Leong Huat $130 million (OSk Group)

38. Lim Thian Kiat $115 million (former head of Multi-Purpose)

39. Khoo Kay Peng $110 million (MUI, U.K. retailer Laura Ashley)

40. Nazir Razak $100 million (Bumiputra Commerce Holdings, brother of deputy PM)

Thursday, October 6, 2011

Alam Ghaib

Ketika teknologi manusia masih kuno, pergerakan mereka daripada satu tempat ke satu tempat amat lambat. Kenderaan yang perlahan kerana menggunakan tenaga binatang kemudiannya dipercepatkan dengan tenaga enjin. Tugas memasak bagi suri rumah yang mengambil masa begitu lama dengan menggunakan kayu api, dipermudahkan dengan penggunaan dapur minyak tanah, kemudian dapur gas dan kini memasak diperlekaskan dengan penggunaan oven gelombang mikro.

Kerja-kerja di pejabat yang pada asasnya menggunakan mesin taip yang lambat sudah diganti dengan menggunakan komputer. Salinan dokumen yang pada asalnya menggunakan kertas karbon yang boleh membuat paling banyak tiga salinan terang, dengan mudah sahaja digandakan kepada beratus-ratus helai melalui mesin fotostat.

Kehidupan seharian manusia yang perlahan itu dipercepatkan dengan kemodenan pengangkutan. Penggunaan barangan seharian konsumer dan peralatan pejabat pula diperkemas menggunakan elektrik. Mesin dan jentera besar pula menggunakan kuasa enjin bagi memudahkan manusia menyudahkan urusan dalam masa yang lebih pantas daripada biasa.

Malangnya, semakin singkat masa yang manusia gunakan untuk melakukan sesuatu, terjadi pula masa dan fokus manusia yang teralih dengan hal-hal lain. Pada tahun-tahun 40-an lagi, tumpuan manusia terhadap apa yang dilakukannya itu dikatakan terganggu dengan kemunculan perang pemasaran melalui iklan. Iklan muncul di mana-mana sama ada di radio, televisyen,akhbar, papan tanda, bill board, sepanduk dan poster di tempat-tempat jualan di pasar raya.

Kemunculan televisyen kabel yang mula popular pada dekad 50-an, diikuti dengan televisyen satelit pada dekad 60-an itu menjadi lebih hebat dengan kemunculan konsep pemberitaan 24 jam pada era 80-an CNN. Di negara kita, siaran televisyen setelit menjadikan tumpuan kehidupan seharian kita dipengaruhi dengan siaran tanpa henti.

Penggunaan internet pada tahun 80-an pula meletuskan satu fenomena komunikasi pada era 90-an. Dunia diistilahkan sebagai komuniti global. Istilah yang sebelum ini hanya dikonotasikan kepada kumpulan kecil masyarakat yang seragam citarasanya, kini digunakan untuk menggambarkan masyarakat global yang mempunyai satu identiti. Betapa internet telah mengecilkan sempadan fizikal yang dahulunya dibatasi dengan gunung, padang pasir,sungai dan lautan kepada dunia yang tanpa sempadan.

Apabila dunia internet meletuskan fenomena komunikasi tanpa sempadan fizikal melalui ruang dan jarak, tanpa disedari, kita seolah-olah disedut ke dalam lohong hitam alam siber yang manusia sendiri cipta. Kini, kehidupan seharian kita sentiasa diterjah dan diacah dunia alam siber. Jika sebelum ini, dunia internet membolehkan kita meluncur laju dari laman ke laman web di alam siber, pelayaran kita diperlahankan dengan kemunculan dunia blog. Melalui dunia blog, kita mula gemar berjalan ke sana ke mari dengan apa yang dinamakan sebagai blogwalking.

Kemunculan laman sosial melalui laman-laman forum, facebook dan akhirnya twitter menjadikan kita tidak sahaja berjalan, malah mundar-mandir bertemu dan bertegur sapa dengan kawan-kawan di alam siber. Akhirnya, kita sudah tidak ada masa peribadi lagi. Dunia yang perlahan dahulu dipantaskan dengan teknologi, kini kembali diperlahankan dengan teknologi juga.

Pada hari ini, sebuah keluarga boleh duduk semeja menghadap hidangan malam, tetapi masing-masing sebenarnya tenggelam timbul di dunia siber masing-masing. Di pejabat, kalau dahulu kebosanan diri menghadiri mesyuarat dilayan dengan contengan-contengan di kertas minit mesyuarat,kini tumpuan teralih dengan pelbagai cerita tentang bola, fesyen, gosip artis atau apa sahaja bersama kawan beribu kilometer jaraknya melalui internet.

Secara zahirnya kita tampak bersendirian di khalayak ramai, tapi rupa-rupanya kita bising dalam kesunyian. Hubungan kita dengan manusia lain secara fizikal telah berubah menjadi perhubungan dengan beribu-ribu kawan di alam ghaib siber. Kerana asyik tenggelam timbul berselang-seli di antara dunia realiti dan dunia siber, ada di antara kita bagai orang yang gila isim bila tidak dapat mengawal di alam manakah dia berada. Apa yang dahulunya bertujuan untuk menjimatkan masa rupa-rupanya membuang masa bila kita hilang fokus dan hilang prioriti.

Ironinya, kecanggihan teknologi siber pada hari ini membolehkan kita berada di mana-mana sahaja di dunia ini kecuali di tempat kita berdiri pada saat ini

-Artikel iluvislam.com

Wednesday, October 5, 2011

" Ya Allah, Cintailah dia..."

Abu Hurairah berkata : " kedua dua telingaku ini telah mendegar dan kedua-dua mataku pernah melihat Rasullah s.a.w mengambil Hasan Dan Husain dengan kedua tangannya, lalu kaki hassan atau husain berada atas kaki rasulullah . Rasulullah pun bersabda yang bermaksud : ' Naiklah wahai anak yang pendek, anak yang pendek dan bermata kecil ( sebagai gurauan dan tanda sayang ) '. Kemudian anak kecil itu naik hingga ia meletakkan kedua kakinya di atas dada Rasulullah. Rasulullah pun bersabda
( Mafhumnya ): 'Bukalah mulutmu'. Lalu rasulullah menciumnya dan bersabda : ' ya allah, cintailah dia kerana sesungguhnya aku mencintainya."

Riwayat al-Tabrani no.2652

Majalah Solusi : 16

Syurga Rumah Tangga

Binalah rumah tangga di atas tapak iman
Tuluskan niat luruskanlah matlamat
Suami pemimpin arah tujuan
Isteri pembantu sepanjang jalan
Lalu mulakanlah kembara berdua
Kerana dan untuk...Allah jua,,

Ditapak iman dirikanlah hukum Tuhan
Iman itu tujuan Islam itu jalan
Tempat merujuk segala kekusutan
Tempat mencari semua penyelesaian
Rumah jadi sambungan madrasah
Berputiklah mawaddah..
Berbuahlah Rahmah

Inilah kunci kebahagian rumah tangga
Setia dan penyayang seorang suami
Cinta dan kasih seorang isteri
lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah
Lahirlah zuriat yang solah dan solahah!!

Majalah Solusi : 16

Monday, October 3, 2011

Doa Seoarng Suami


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cubaan-Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya isteri ku ini adalah pilihan-Mu di Arasy
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya isteri ku ini adalah isteri yang akan membimbing tanganku d ititian-Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya isteri ku ini adalah bidadari untukku di Jannah-Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya isteri ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia-Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya isteri ku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya isteri ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaan-Mu
Sekiranya isteri ku tergoda dengan keindahan dunia-Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya isteriku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaannya
Sekiranya isteri ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai suami
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat-Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat-Mu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjuk-Mu
Aku buta tanpa bimbingan-Mu
Aku cacat tanpa hidayah-Mu
Aku hina tanpa Rahmat-Mu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu
Jadikanlah aku suami yang disenangi isteri
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu
Bimbinglah aku menjadi suami yang Solehah
Hanya pada-Mu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku hanya ingin menjadi suami yang dirahmati
Suami yang dikasihi
Suami yang soleh
Suami yang sentiasa di hati isteri
Suami yang dapat memimpin di Dunia & Akhirat

Amin, amin Ya Rabbal Allamin

Wednesday, April 27, 2011

tak sempat nak update blog

Dah lama aku tak update blog ni. tak da apa yg nak di post kan, Pic terbaru pun tak ada.. tapi rumah aku dah nak hampir siap 100%, tak sabar lak nak masuk rumah baru. Tapi modal tak da lgi..banyak juga la. nak kena guna duit nnt. lalalala..... PiC rumah cooming soon...