Monday, October 10, 2011

Tip Untuk Hidup Mewah

1. Tak perlu Kopi dan Rokok

Terdapat 1 istilah yang dikenali sebagai " The latte Factor" oleh penulis David Bach yang membawa maksud, setiap hari anda ke pejabat , boleh tak anda tak perlu singgah ke kedai kopi ( dan rokok )? Mungkin menjadi tabiat kita untuk singgah sebentar dan berbelanja RM 5 setiap hari untuk minim dan rokok sebelum ke pejabat atau pada waktu rehat pada setiap hari. Dengan berjimat RM 5 sehari dan melaburnya dalam pelaburan yang memberi pulangan 10% setahun, Dalam masa 45 tahun , Wang tersebut akan menjadi RM 1.4 Juta!! Katakanlah anda melakukan ini dalam umur 20 tahun, sewaktu anda pencen anda adalah seorang jutawan!!

2. Potong Kad Kredit

Ambil gunting, buka dompet anda dan potong kad kredit anda . Ya, sememangnya kad kredit berhantu! Kad itu hanya akan memerah wang anda dengancaj interest yang amat tinggidalam industri kewangan. Simpanan pelaburan anda tidak akan bertambah sekiranya wang anda " bocor " dek membayar caj-caj kad kredit.

3. Jaga Emosi

Jaga emosi kita dalam berbelanja . 90% kepututusan belian adalah keputusan emosi . Faham bahawa semua perniagaan dalam dunia ini akan mengeksploit emosi anda untuk menarik belian anda. Ulangkan berkali-kali dalam fikiran anda ," jaga emosi.. jaga emosi..jaga emosi!!!!

4 Hutang yang bagus

Setiap kali berhutang , pastikan ianya adalah hutang yang bagus. Hutang bagus?
Contohya : , membeli rumah merupakan hutang yang bagus kerana nilainya bertambah.

5. cari kawan baru

Anda akan menjadi seperti kawan anda . sekiranya anda sering lepak dengan kawan- kawan yang selalu sengkek, selalu pokai, selau tak berduit, sedar dan tak sedar anda kan menjadi seperti itu. Buka fikiran , cari kawan yang berjaya tanpa abakiakan kawan yang sengkek tadi.

No comments:

Post a Comment